Tiny Techies Sekolah Menengah (Html)

18 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Ogos 2025 yang lalu, pihak SSO telah mengadakan program Tiny Techies bagi Sekolah Menengah iaitu HTML. Objektif utama program tersebut adalah untuk menyediakan struktur asas laman web supaya kandungan seperti teks, gambar, jadual dan pautan dapat disusun dengan teratur. Seterusnya, HTML berfungsi untuk membuat pautan (hyperlink) dengan menghubungkan satu halaman dengan halaman lain.

Selain itu, Menyusun kandungan laman web untuk membentuk struktur seperti tajuk, perenggan, senarai dan jadual. Disamping itu, manfaat mempelajari HTML adalah kerana mudah untuk dipelajari sintaksnya ringkas dan sesuai untuk pemula. Seterusnya, disokong oleh semua pelayar seperti Google Chrome, Safari, Firefox dan lain-lain. Kesimpulannya, HTML ialah tulang belakang kepada setiap laman web. Tanpa HTML, sesuatu halaman tidak dapat dipaparkan dengan teratur di pelayar (browser). Ia ibarat rangka bangunan sebelum dihias dengan warna dan perabot. Dengan itu peserta dapat mempelajari bahawa penguasaan HTML sangat penting untuk memahami asas teknologi web.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali